Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini sebagai penambahan model terbaru bagi siri Asus ROG Phone 5 pada tahun ini. Penambahbaikan yang utama bagi kedua-dua model telefon pintar ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 888+ yang terbaru bagi pengalaman permainan yang lebih ekstrem.

vocket-tech-news-rog-5s-3
Sumber Gambar: Slashgear

Asus ROG Phone 5s Pro merupakan model yang paling berkuasa dengan skrin 6.78 inci AMOLED FHD serta sokongan refresh rate sehingga 144Hz. Cip Snapdragon 888+ yang hadir bersama dengan memori sehingga 18GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri sebesar 6,000 mAh juga turut menyokong pengecasan pantas 65W.

vocket-tech-news-rog-5s-4
Sumber Gambar: GSMarena

Dari segi kamera pula, ia hadir dengan kamera utama 64MP, sudut ultrawide 13MP dan makro 5MP berserta kamera selfie dengan 24MP. Model ini juga dilengkapi sistem dual speaker pada bahagian hadapan dengan sokongan GameFx dan Dirac HD Sound. Ditambah pula dua pad sesentuh tambahan pada panel belakang bersama dengan butang bahu ultrasonik Airtrigger 5 yang terbaru.

vocket-tech-news-rog-5s-1
Sumber Gambar: Gizchina

Sementara itu, Asus ROG Phone 5s pula mempunyai spesifikasi yang sama kecuali ia hadir tanpa dua pad sesentuh pada panel belakang. Hal ini kerana kedua-dua model ini hanya sekadar ditambah baik dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa dan tiada sebarang perubahan besar pada rekaannya. Semua aksesori bagi siri ROG 5 boleh dipasang tanpa sebarang masalah pada model 5s ini.

Model Asus ROG 5s Pro ditawarkan di Taiwan pada tanda harga NT$ 37,900 (~RM5,770) untuk 18/512GB dengan pilihan warna hitam dan putih manakala Asus ROG 5s pula NT$ 29,900 (~RM4,552) untuk 16/256GB dan NT$ 33,900 (~RM5,161) untuk 18/512GB.

Pada awal bulan ini, Asus telahpun membuka pra-tempahan bagi model ROG Phone 5 Ultimate bagi pasaran Malaysia.

ROG Phone 5 Ultimate Bakal Buka Pra-Tempahan Bermula 8 Ogos Ini Buat ‘Gamer’ Di Malaysia

Qualcomm Umum Telefon Pintar Jenama Snapdragon Hasil Kerjasama Dengan ASUS

Sumber